Oleh: Ustaz Husni Zaim Bin Md. Isa
(Guru Pendidikan Islam SMK Belawai)
 |
Kumpulan Nasyid WUJDAN |
Alhamdulillah..itulah kalimah pertama yang boleh dituturkan oleh warga SMK Belawai ketika mendapat perkhabaran bahawa pasukan nasyid kita telah berjaya mendapat tempat yang kedua di dalam pertandingan nasyid Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 Peringkat Bahagian Mukah.
Sesungguhnya, ini adalah penyertaan sulung SMK Belawai di dalam pertandingan ini. Sebelum ini SMK Belawai hanya menghantar wakilnya untuk acara Hafazan Al-Quran serta Tilawah Al-Quran sahaja. Namun pada tahun ini SMK Belawai telah mencuba langkah berani dengan menghantar satu kumpulan nasyid yang diberi nama 'Wujdan'. Berbekalkan dengan bakat yang ada di kalangan pelajar serta persediaan latihan yang bersungguh-sungguh, segala usaha membuahkan hasil yang baik dan membuka mata banyak pihak.
Sebenarnya, ketika waktu cabutan undi untuk menentukan giliran persembahan ramai yang menganggap kumpulan nasyid SMK Belawai satu kumpulan bukan pilihan. Ramai orang tertumpu kepada kumpulan-kumpulan nasyid elit yang sentiasa menjadi johan setiap tahun. Antaranya kumpulan nasyid daripada SMK Matu serta SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro. Tahun ini SMK Belawai telah menunjukkan kehebatannya memberi saingan dan menumpaskan sekolah-sekolah berkenaan. Dengan membawa misi "Sentiasa Cemerlang", kita sudah membuktikannya.
Dua buah lagu telah menjadi sandaran utama untuk sekolah ini. Lagu pertama "Menjana Akidah Ummah" dan lagu yang kedua "Bicara Cinta". Kedua-dua lirik dan lagu ini telah dicipta oleh Ustaz Isham Ismail dan Ustaz Husni Zaim Bin Md. Isa.
 |
Dalam perjalanan menuju ke Mukah |
 |
Suasana hari pertandingan |
 |
Venue pertandingan untuk Tilawah Al-Quran |
 |
Cantik.. |
 |
SMK Belawai juga menghantar peserta tilawah Qari dan Qariah. |
 |
Barisan Juri bagi Pertandingan Nasyid MTQ Bahagian Mukah |
 |
Tempat ketiga |
 |
Johan Pertandingan Nasyid MTQ 2011 Bahagian Mukah iaitu SMKA Igan |
 |
Ketua Jemaah Hakim MTQ 2011 Bahagian Mukah,
Ustaz Ibrahim Fikri memberikan komen dan ulasan beliau. |
 |
Majlis Penutup |
 |
Memukau! Nyanyian kumpulan Wujdan dari SMK Belawai. Naib Johan Pertandingan
Nasyid MTQ 2011 Bahagian Mukah
|
0 comments:
Post a Comment