27 May 2009

Pelajari pengurusan jenazah satu fardu kifayah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, selawat ke atas rasulillah dan keluarga Baginda serta para sahabat radhiallahu anhum ajma'in. Amma ba'du;



Peserta diajar cara memandikan jenazah semasa kursus itu di Loji Percetakan Utusan Melayu Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

(Utusan Malaysia)

Setiap yang hidup itu pasti akan menemui mati. Justeru, mempelajari hal berkaitan pengurusan jenazah adalah fardu kifayah.

Biro Pendidikan dan Agama, Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) Seberang Jaya, Pulau Pinang tidak ketinggalan menganjurkan kursus pengurusan jenazah di Loji Percetakan Utusan Melayu Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pengerusi biro berkenaan, Abdullah Yusof berkata, kursus itu jika dihayati sepenuhnya, banyak memberi manfaat.

"Nampaknya, kursus pengurusan jenazah yang diadakan ini, mendapat sambutan begitu baik di kalangan pekerja," katanya.

Beliau berkata, ramai kakitangan muda turut mengikuti kursus ini untuk menambah ilmu masing-masing.

"Ilmu begini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, yang penting mereka tidak ada perasaan jemu dan bosan," katanya.

Peserta mengikuti ceramah oleh Pegawai Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ayob Hanapi.

Seorang peserta kursus, Sopian Ibni Hajar, 55, berkata, langkah diambil oleh biro ini bagi menganjurkan kursus itu, adalah baik sekali.

"Walaupun sibuk dengan tugas, saya masih ada masa mempelajari cara-cara pengurusan jenazah bersama kawan-kawan lain," katanya.

Menurutnya, ia selari dengan kehendak hukum syarak dan tuntutan fardu kifayah.

Rakannya, Shuhaimi Izaham, 51, berkata, peserta diajar cara-cara mengurus jenazah tentang teori dan amali, ia banyak memberi manfaat.

"Jika ada perkara yang tidak puas hati, peserta diberi peluang membuat pertanyaan kepada penceramah," katanya.

Abdullah Hussin, 47, berkata, ada sesetengah orang tidak begitu mengambil perkara-perkara seperti ini dengan memberi pelbagai alasan.

"Inilah kali pertama saya mengikutinya, maklumat yang diberi boleh dijadikan panduan asas kepada diri sendiri," katanya.

Bagi Mohd. Rizal Kassim, 34, ia dapat menambah ilmu pengetahuan di kalangan kakitangan syarikat ini.

"Bila golongan pelapis tidak diajar tentang perkara-perkara itu, ia bakal memberi masalah besar kerana masyarakat tempatan," katanya. - ABD. RAZAK OSMAN

24 May 2009

Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

Bismillahir rahmanir rahim. Alhamdulillah selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad 'alahis solatu wassalam. Amma ba'du;

PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN IMAN
1. Syirik = Menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.
  • Syirik Jali ialah syirik yang dilakukan secara terang-terangan seperti menyembah patung berhala, pokok, matahari, kubur dan sebagainya.
  • Syirik Khofi ialah syirik secara tersembunyi iaitu tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat.

2. Kufur = Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari perintah-Nya.
  • Kufur Hakikat ialah ingkar atau menafikan salah satu rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Seperti tidak mengaku adanya balasan di akhirat, menolak hukum di dalam al-Qur'an, menyatakan solat fardhu merugikan masa.
  • Kufur nikmat ialah mengingkari sebagai Allah pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaanNya. Contoh boros membellanjakan harta, enggan membayar zakat.

3. Riddah = Keluar daripada agama Islam.
  • riddah boleh berlaku melalui 3 cara;
  • 1. Niat = niat dalam hati untuk keluar Islam.
  • 2. Lidah = isytihar diri keluar Islam.
  • 3. Perbuatan = mengagungkan simbol agama lain.
Tindakan ke atas orang murtad (keluar Islam);
  1. Memberi nasihat supaya bertubat dan kembali kepada Islam.
  2. Membri bimbingan dan dorongan jika ia baru memeluk Islam.
  3. Jika masih berdegil pihak pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukuman berdasarkan hadis.

4. Khurafat = Kepercayaan @ perbuatan karut yang bertentangan dengan tauhid dan syariat Islam.
  • Contoh mempercayai azimat boleh menahan sesuatu bahaya.
  • Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial. Seperti burung hantu tanda orang hendak mati. Kucing hitam melintas manyat akan bangkit.
  • Mengunjungi kubur keramat yang boleh meminta hajat.
  • Upacara tepung tawar untuk keberkatan kenduri.
  • Upacara puja pantai untuk mendapat hasil lumayan atau menolak bala.
  • Upacara mandi bunga untuk mendapat jodoh.

5. Sihir = Ilmu berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk halus.
  • Contoh amalan sihir
  1. Santau
  2. Ubat guna-guna
  3. Pukau dan silap mata
  4. Ilmu susuk
  5. Ilmu hitam

6. Nifak = Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap membenci terhadap Islam (kufur).
  • Ciri-ciri nifak (mafhum hadis)
  1. Bila bercakap suka berbohong
  2. Bila diamanahkan dia khianati
  3. Bila berjanji dia suka mungkiri janji
  4. Bila bergaduh dia melampaaui batas

Balasan orang munafik ditempatkan di dalam neraka yang paing bawah.

22 May 2009

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP

Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulillah. Amma ba'du;

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP

Al-Quran ialah kalam (kata-kata) Allah s.w.t. yang bersifat Qadim, diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam melalui perantaraan Jibril sebagai petunjuk kepada umat manusia, membacanya adalah ibadat.

Ciri-ciri al-Quran;

  1. Mukjizat kekal abadi hingga hari kiamat.
  2. Mengandungi 6236 ayat.
  3. Mempunyai 30 juzuk.
  4. Mempunyai 114 surah.
  5. Dimulakan dengan surah al-Fatihah.
  6. Diakhiri dengan surah an-Nas.
  7. Berbahasa Arab.

16 May 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji hanya kepada Allah subhanahu wataala. Selawat ke atas Junjungan tercinta nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Sempena 16 Mei ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Belawai ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pendidik. Jasamu amat bernilai kepada anak bangsa.

05 May 2009

Keburukan babi patut jadi iktibar

Sumber: Berita Harian

Oleh Dr Aminudin Mansor


PENULARAN H1N1 menimbulkan keresahan di seluruh dunia.

PENYAKIT bawaan daripada babi iaitu Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.

Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah (berat) membabitkan semua bahagian badan haiwan berkenaan. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan daripada terkena sentuhan ke dua-dua haiwan ini.

Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.

Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan termasuk memastikan makanan yang dimakan bersih dan halal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabaikan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin seperti Dia menyuruh kepada rasul-Nya."

Firman Allah yang bermaksud: "Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal salih." (Surah al-Mukminun, ayat 52)

Islam menyarankan umatnya menjauhi makanan haram, membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepas makan. Peraturan itu ditekankan bagi menjaga kebersihan supaya tidak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.

Berkaitan daging babi, Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah."

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah)

Penjagaan kesihatan melalui makan dan minum juga tempat tinggal penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu, umat Islam digalakkan menjaga makan, minum dan kebersihan tempat tinggal sebagai adab dalam kehidupan insan Muslim.

Makanan halal seimbang sangat dititikberatkan kerana ia akan mencapai kriteria yang diperlukan tubuh badan sama ada untuk pembentukan tubuh, pembekalan tenaga atau perkitaran aktiviti badan.

Keseimbangan pemakanan juga termasuk dalam maksud kesederhanaan yang dianjurkan Islam, seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas." (Surah al-Araf, ayat 31)

02 May 2009

Takziah Kepada Keluarga Ustazah Maznah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Amma ba'du;

Firman Allah subhanahu wataala dalam surah al-Anbiya' ayat 35;

Setiap yang hidup pasti merasai mati...

Kepada keluarga ustazah Maznah, Panitia Pendidikan Islam SMKB mengucapkan takziah di atas pemergian ayahanda tercinta pada Jumaat 12.00 tengah malam di Sibu.

Semoga roh ayahanda tercinta di tempatkan bersama roh para syuhada dan solihin di satu taman dari taman-taman syurga di alam barzakh.

Al-Fatihah...

Wassalam.

01 May 2009

1 Mei Hari Pekerja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurnia-Nya. Di sini Panitia Pendidikan Islam SMK Belawai ingin mengucapkan

SELAMAT HARI PEKERJA


kepada mereka yang bergelar pekerja.

Tingkatkan pretasi dan produktiviti.

Wassalam.

Motto


"BERSAMA MEMBENTUK INSAN RABBANI"

Bersama-sama mencipta kecemerlangan SMKB berlandaskan prinsip-prinsip Islam.