13 October 2010

Berdoalah..

Berdoalah..

Oleh: Ustazah Maznah Binti Najar
         (Guru Kanan Kemanusiaan SMK Belawai)



Berdoalah.....



Ketika makan,berdoalah
semoga mengenyangkan dan mendapat berkah
mengisi tenaga untuk kembali berkerja dan beribadah


Ketika berangkat, berdoalah
walau sekadar dengan lafaz bismillah
ketika awal kaki melangkah


Ketika berjumpa, maka doalah
semoga keselamatan dan rahmat terlimpah
berjabat tangan menghapus dosa hingga terpisah
 


Ketika berkerja,berdoalah
meminta segala urusan semoga dipermudah
agar diri tidak perlu berkeluh kesah


Ketika kembali, berdoalah
saat mengetuk pintu lantas masuk ke rumah
agar disambut senyum ramah hingga hilangkan rasa lelah

Ketika menutup mata, berdoalah
semoga setiap detik yang terlewati bernilai ibadah
dan bila mata tak terbuka lagi maka tiada rasa sesal dan bersalah...

07 October 2010

Adab Memakai Cincin

Oleh: Ustazah Maznah Binti Najar
(Guru Kanan Kemanusiaan, SMK Belawai)





Bismillahirahmanirrahim.
Cincin merupakan perhiasan yang cukup digemari oleh manusia pada hari ini terutamanya bagi wanita. Umumnya kaum lelaki juga memakai memakai cincin. Di sini ada beberapa adab memakai cincin yang boleh dikongsi bersama.

Cara memakai cincin

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali

berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1- jari manis

2- jari kelingking (anak jari)



dan jangan memakai pada jari

1- jari tengah

2- jari telunjuk



Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang

dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Wallahua'alam.

Motto


"BERSAMA MEMBENTUK INSAN RABBANI"

Bersama-sama mencipta kecemerlangan SMKB berlandaskan prinsip-prinsip Islam.