Oleh: Ustazah Maznah Binti Najar
(Guru Kanan Kemanusiaan, SMK Belawai)
Bismillahirahmanirrahim.
Cincin merupakan perhiasan yang cukup digemari oleh manusia pada hari ini terutamanya bagi wanita. Umumnya kaum lelaki juga memakai memakai cincin. Di sini ada beberapa adab memakai cincin yang boleh dikongsi bersama.
Cara memakai cincin
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali
berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1- jari manis
2- jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1- jari tengah
2- jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Wallahua'alam.

07 October 2010
Motto
Bersama-sama mencipta kecemerlangan SMKB berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
0 comments:
Post a Comment