25 April 2011

Program Bulan Kemanusiaan 2011 (Minggu Pendidikan Islam)

Program Bulan Kemanusiaan 2011 (Pendidikan Islam)

Oleh: Ustaz Husni Zaim Bin Md. Isa
(Guru Pendidikan Islam SMK Belawai)


Bersempena berlangsungnnya Bulan Kemanusiaan anjuran Jabatan Kemanusiaan SMK Belawai, pihak Panitia Penddidikan Islam mengambil inisiatif menganjurkan beberapa siri pertandingan bagi memenuhi acara dan memeriahkan lagi bulan kemanusiaan tersebut. Antara pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak Panitia Pendidikan Islam ialah Pertandingan Nasyid (terbuka), Pertandingan Kuiz Pendidikan Islam, Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori lelaki dan perempuan, Pertandingan Penulisan Jawi, Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Syarahan.

Pada 30 Mac 2011, telah berlangsung pertandingan Kuiz Pendidikan Islam di Dewan Barong SMK Belawai antara rumah sukan. Setiap rumah sukan yang ada di SMK Belawai seperti rumah sukan Tun Hussein Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdul Razak perlu menghantar wakil seramai 5 orang pelajar yang mewakili setiap tingkatan. Program yang berlangsung pada jam 2.00 petang itu mendapat sambutan yang meriah daripada pelajar yang menyokong rumah sukan masing-masing. Daripada aktiviti ini, pihak pihak panitia dapat mengetahui pengetahuan pelajar tentang Pendidikan Islam.

Pada 31 Mac 2011, jam 3.00 petang pula, berlangsung pertandingan nasyid antara pelajar-pelajar SMK Belawai. Sebanyak tujuh kumpulan yang telah memberanikan diri untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan tersebut. Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi hiburan yang mendidik jiwa dikalangan pelajar selain untuk memilih dan mencungkil bakat pelajar yang ada untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Nasyid MTQSS peringkat Bahagian Mukah. Nampak gayanya hanya pelajar perempuan sahaja yang berani menyahut cabaran ini dengan menunjukkan bakat mereka yang cukup mengagumkan para juri pertandingan dan juga para penonton. Seramai 5 orang penyanyi dan 4 orang pemain percussion dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat bahagian.

Program Bulan Kemanusiaan diteruskan dengan Pertandingan Tilawah Al-Quran pada 1 April 2011 bertempat di bilik mesyuarat pada jam 3.30 petang. Tujuan pertandingan ini diadakan selain daripada menerapkan nilai dan pembudayaan Al-Quran dikalangan pelajar, ia juga bertujuan untuk memilih peserta Qari dan Qariah untuk mewakili sekolah ke MTQSS 2011 peringkat Bahagian Mukah. Apa yang dapat dilihat banyak kelemahan pelajar yang perlu diberikan perhatian untuk diperbaiki terutama daripada aspek Tajwid, Tarannum dan juga Fasohah.

Penonton yang membanjiri Dewan Barong
Peserta Kuiz Pendidikan Islam

Penonton

Penonton Pertandingan nasyid

Sebahagian penonton dan juga peserta





Satu-satunya kumpulan nasyid lelaki




Panel Juri yang menghakimi pertandingan nasyid





21 April 2011

SMK Belawai Naib Johan Pertandingan Nasyid MTQ 2011 Bahagian Mukah

Oleh: Ustaz Husni Zaim Bin Md. Isa
(Guru Pendidikan Islam SMK Belawai)

Kumpulan Nasyid WUJDAN
Alhamdulillah..itulah kalimah pertama yang boleh dituturkan oleh warga SMK Belawai ketika mendapat perkhabaran bahawa pasukan nasyid kita telah berjaya mendapat tempat yang kedua di dalam pertandingan nasyid Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 Peringkat Bahagian Mukah.

Sesungguhnya, ini adalah penyertaan sulung SMK Belawai di dalam pertandingan ini. Sebelum ini SMK Belawai hanya menghantar wakilnya untuk acara Hafazan Al-Quran serta Tilawah Al-Quran sahaja. Namun pada tahun ini SMK Belawai telah mencuba langkah berani dengan menghantar satu kumpulan nasyid yang diberi nama 'Wujdan'. Berbekalkan dengan bakat yang ada di kalangan pelajar serta persediaan latihan yang bersungguh-sungguh, segala usaha membuahkan hasil yang baik dan membuka mata banyak pihak.

Sebenarnya, ketika waktu cabutan undi untuk menentukan giliran persembahan ramai yang menganggap kumpulan nasyid SMK Belawai satu kumpulan bukan pilihan. Ramai orang tertumpu kepada kumpulan-kumpulan nasyid elit yang sentiasa menjadi johan setiap tahun. Antaranya kumpulan nasyid daripada SMK Matu serta SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro. Tahun ini SMK Belawai telah menunjukkan kehebatannya memberi saingan dan menumpaskan sekolah-sekolah berkenaan. Dengan membawa misi "Sentiasa Cemerlang", kita sudah membuktikannya.

Dua buah lagu telah menjadi sandaran utama untuk sekolah ini. Lagu pertama "Menjana Akidah Ummah" dan lagu yang kedua "Bicara Cinta". Kedua-dua lirik dan lagu ini telah dicipta oleh Ustaz Isham Ismail dan Ustaz Husni Zaim Bin Md. Isa. 
Dalam perjalanan menuju ke Mukah

Suasana hari pertandingan

Venue pertandingan untuk Tilawah Al-Quran

Cantik..

SMK Belawai juga menghantar peserta tilawah Qari dan Qariah.

Barisan Juri bagi Pertandingan Nasyid MTQ Bahagian Mukah

Tempat ketiga

Johan Pertandingan Nasyid MTQ 2011 Bahagian Mukah iaitu SMKA Igan
Ketua Jemaah Hakim MTQ 2011 Bahagian Mukah,
Ustaz Ibrahim Fikri memberikan komen dan ulasan beliau.
Majlis Penutup

Memukau! Nyanyian kumpulan Wujdan dari SMK Belawai. Naib Johan Pertandingan
Nasyid MTQ 2011 Bahagian Mukah








20 April 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Belawai (Edisi Lewat)


Pada 15 Februari 2011 yang lalu telah berlangsung sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Kecil Belawai bagi tahun 2011 di Kg. Rajang. Acara ini memang telah disambut setiap tahun oleh penduduk kampung yang terletak di dalam pentadbiran Pejabat Daerah kecil Belawai. Pada tahun ini giliran Kg. Rajang menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sambutan Maulidurrasul. SMK Belawai juga tidak ketinggalan untuk turut sama menjadi peserta di dalam sambutan kali ini. Selain memberi peluang kepada para pelajar, ia juga dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara warga SMK Belawai dengan penduduk setempat.


Bagi kontinjen SMK Belawai, penyertaan sangat menggalakkan samaada daripada guru-guru, kakitangan dan juga para pelajar. Apa yang menarik guru-guru bukan muslim juga turut sama menyertai perarakan sepanduk yang memuji Rasulullah yang kita amat cintai. Sebagai tanda atas semangat perpaduan dan semangat 1Malaysia, kita amat mengalu-alukan penyertaan mereka di dalam sambutan kali ini.

Dengan diketuai oleh Y.B. Datuk Hamden, ADUN N.35 Belawai dan di iringi Tn. Pegawai Daerah serta pegawai-pegawai kerajaan setempat termasuk Tn. Pengetua SMK Belawai, En. Mohd. Shariff Bin Md. Saad dan juga peserta-peserta perarakan, perarakan dimulakan di Masjid Kg. Rajang dengan iringan selawat yang memuji Rasulullah s.a.w. berjalan masuk ke dalam kampung dan di akhiri di Masjid Kg. Rajang. Walaupun letih berjalan, namun kepuasan jelas terpancar di kalangan peserta-peserta perarakan.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tn. Pegawai Daerah kecil Belawai dan di susuli ucapan perasmian Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Kecil Belawai oleh Y.B. Datuk Hamden, ADUN N.35 Belawai. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh penduduk tempatan. SMK Belawai juga tidak ketinggalan menghantar satu kumpulan nasyid yang baru ditubuhkan di SMK Belawai.

Kumpulan yang diberi nama WUJDAN tidak menghampakan harapan sekolah untuk menaikkan lagi nama SMK Belawai. Persembahan kumpulan ini telah mendapat perhatian penduduk kampung kerana tidak ada lagi persembahan nasyid secara 'live' sebelum ini. Namun banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memantapkan lagi persembahan kumpulan nasyid ini. Secara keseluruhan, penyertaan SMK Belawai di dalam sambutan maulidurrasul kali ini dianggap berjaya dan memberi impak kepada para peserta.

Motto


"BERSAMA MEMBENTUK INSAN RABBANI"

Bersama-sama mencipta kecemerlangan SMKB berlandaskan prinsip-prinsip Islam.