25 April 2011

Program Bulan Kemanusiaan 2011 (Minggu Pendidikan Islam)

Program Bulan Kemanusiaan 2011 (Pendidikan Islam)

Oleh: Ustaz Husni Zaim Bin Md. Isa
(Guru Pendidikan Islam SMK Belawai)


Bersempena berlangsungnnya Bulan Kemanusiaan anjuran Jabatan Kemanusiaan SMK Belawai, pihak Panitia Penddidikan Islam mengambil inisiatif menganjurkan beberapa siri pertandingan bagi memenuhi acara dan memeriahkan lagi bulan kemanusiaan tersebut. Antara pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak Panitia Pendidikan Islam ialah Pertandingan Nasyid (terbuka), Pertandingan Kuiz Pendidikan Islam, Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori lelaki dan perempuan, Pertandingan Penulisan Jawi, Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Syarahan.

Pada 30 Mac 2011, telah berlangsung pertandingan Kuiz Pendidikan Islam di Dewan Barong SMK Belawai antara rumah sukan. Setiap rumah sukan yang ada di SMK Belawai seperti rumah sukan Tun Hussein Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdul Razak perlu menghantar wakil seramai 5 orang pelajar yang mewakili setiap tingkatan. Program yang berlangsung pada jam 2.00 petang itu mendapat sambutan yang meriah daripada pelajar yang menyokong rumah sukan masing-masing. Daripada aktiviti ini, pihak pihak panitia dapat mengetahui pengetahuan pelajar tentang Pendidikan Islam.

Pada 31 Mac 2011, jam 3.00 petang pula, berlangsung pertandingan nasyid antara pelajar-pelajar SMK Belawai. Sebanyak tujuh kumpulan yang telah memberanikan diri untuk mendaftar bagi menyertai pertandingan tersebut. Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi hiburan yang mendidik jiwa dikalangan pelajar selain untuk memilih dan mencungkil bakat pelajar yang ada untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Nasyid MTQSS peringkat Bahagian Mukah. Nampak gayanya hanya pelajar perempuan sahaja yang berani menyahut cabaran ini dengan menunjukkan bakat mereka yang cukup mengagumkan para juri pertandingan dan juga para penonton. Seramai 5 orang penyanyi dan 4 orang pemain percussion dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat bahagian.

Program Bulan Kemanusiaan diteruskan dengan Pertandingan Tilawah Al-Quran pada 1 April 2011 bertempat di bilik mesyuarat pada jam 3.30 petang. Tujuan pertandingan ini diadakan selain daripada menerapkan nilai dan pembudayaan Al-Quran dikalangan pelajar, ia juga bertujuan untuk memilih peserta Qari dan Qariah untuk mewakili sekolah ke MTQSS 2011 peringkat Bahagian Mukah. Apa yang dapat dilihat banyak kelemahan pelajar yang perlu diberikan perhatian untuk diperbaiki terutama daripada aspek Tajwid, Tarannum dan juga Fasohah.

Penonton yang membanjiri Dewan Barong
Peserta Kuiz Pendidikan Islam

Penonton

Penonton Pertandingan nasyid

Sebahagian penonton dan juga peserta





Satu-satunya kumpulan nasyid lelaki




Panel Juri yang menghakimi pertandingan nasyid





0 comments:

Post a Comment

Motto


"BERSAMA MEMBENTUK INSAN RABBANI"

Bersama-sama mencipta kecemerlangan SMKB berlandaskan prinsip-prinsip Islam.