04 May 2010

Salam Daripada Panitia Pendidikan Islam SMKB.

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.

Alhamdulillah...segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana diberi peluang oleh Allah untuk pihak Admin Blog Panitia Pendidikan Islam untuk kembali aktif di dalam usaha untuk menyampaikan maklumat dan mesej dakwah melalui blog ini setelah sekian lama menyepi.

Sesungguhnya usaha menyampaikan dakwah dan mesej Islam ini yang telah dirintis oleh baginda Rasulullah S.A.W, tidak pernah berhenti. Ia tetap terus dilakukan samada melalui bentuk yang formal ataupun tidak formal dengan menggunakan pelbagai kaedah dan juga pendekatan. Oleh itu, adalah menjadi harapan pihak Panitia Pendidikan Islam, blog ini akan satu wadah yang terbaik untuk Panitia Pendidikan Islam SMKB menyampaikan risalah Islam ini dengan lebih berkesan. Segala cadangan dan komentar yang membina daripada pembaca adalah dialu-alukan demi memantapkan blog ini.

Semoga ini akan mendapat berkat dan petunjuk daripada Allah S.W.T.

Wassalam
Admin Panitia Pendidikan Islam SMK Belawai

0 comments:

Post a Comment

Motto


"BERSAMA MEMBENTUK INSAN RABBANI"

Bersama-sama mencipta kecemerlangan SMKB berlandaskan prinsip-prinsip Islam.