06 September 2009

Malam Nuzul al-Quran di Surau al-Hidayah SMKB



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas rasulillah. amma ba'du;

Bulan Ramadhan yang dianugerahkan khusus bagi umat nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam amat sarat dengan keberkatannya. Padanya terdapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka.

Ramadhan menjadi lebih mulia kerana padanya al-Quran diturunkan yang lebih dikenali dengan "Nuzul al-Quran" pada 17 Ramadhan. Maka Sayugianya umat Islam merasa bahagia dengan kehadiran Ramadhan serta lebih bersemangat melakukan ibadat lebih-lebih lagi bersempena bulan turunnya al-Quran sebagai panduan hidup kaum Muslim.

Panitia Pendidikan Islam sekali menyeru agar kita sama-sama menghayati sejarah penurunan al-Quran. Menyelongkar apakah al-Quran itu sebenarnya, bukan hanya sekadar menyebut dan membaca al-Quran pada bibir semata tanpa kita memahami isi kandunganya.

Terkadang kita sendiri umat Islam tidak mengetahui sejarah penurunan al-Quran. Betapa malunya kita sebagai orang Islam.

Renung-renungkan lah bersama.

**Aktiviti malam Nuzul al-Quran, tazkirah tentang sejarah penurunan al-Quran akan disampaikan oleh ustaz Md Rozaidi dan diteruskan dengan tadarus al-Quran sebagaimana biasa.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Motto


"BERSAMA MEMBENTUK INSAN RABBANI"

Bersama-sama mencipta kecemerlangan SMKB berlandaskan prinsip-prinsip Islam.